Pemilihan Warna

Memiliki suasana dapur yang cantik dan tenang pastinya impian setiap pemilik itu. Warna kabinet dapur adalah salah satu faktor kecantikan sesebuah dapur. Oleh itu, pemilihan warna kabinet adalah penting serta dapat menampilkan personaliti dan minat pemiliknya. 

Warna cerah atau gelap? Permukaan berkilat atau malap? Apapun citarasa anda, terdapat beberapa tips untuk memilih warna dapur anda.

Jika dapur anda ber permukaan malap atau bercorak kayu, ia sesuai dipadankan dengan warna coklat atau krim. Dapur yang bertemakan tradisional kebiasaan nya berwarna kayu dan sesuai dipandankan dengan warna pastel.

 

 

Warna kabinet yang cerah menampilkan ruang dapur yang lebih luas manakala warna yang terang menampilkan ruang yang lebih kecil.

 

 

 

 

Saiz dan Bentuk

Bentuk dapur adalah perkara yang paling penting dalam proses rekabentuk dapur.  Antara pilihan bentuk dapur adalah bentuk L, U, G dan I. 

Dapur berbentuk L menyediakan banyak ruang kerja serta ruang simpanan barang. Dapur L terbentuk apabila dua kabinet bertembung pada satu bucu dapur.

Untuk dapur yang lebih besar, bentuk U sesuai digunakan. Dapur berbentuk ini menyediakan ruang kerja yang banyak dari dapur berbentuk L dan selalunya terdapat ruang kosong serabguna pada bahagian tengah. 

Seterusnya, bagi memaksima kan lagi ruang dapur, dapur G juga boleh menjadi pilihan anda. Dapur G terbentuk daripada dapur berbentuk L yang ditambah dengan kaunter bar.

 

 

 

Dapur berbentuk I adalah dapur yang paling ringkas. Ia hanya mengandungi segaris kabinet lurus. Walaubagaimanapun, anda boleh menghasilkan dapur yang simple dan cantik dengan bentuk ini dengan memilih warna dan material yang bersesuaian.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *