Dapur adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah rumah. Oleh itu, susun atur di dapur haruslah sentiasa kemas dan cantik.

Kabinet dapur haruslah dilengkapi dengan aksesori dapur seperti drawer, tray sudu, rak pinggan atas, rak pinggan bawah, rak botol, dan tall unit untuk mendapatkan dapur yang sempurna dan teratur.

 

Drawer & Tray Sudu 

Drawer dan Tray Sudu adalah gabungan aksesori yang boleh digunakan untuk menyimpan perkakasan seperti sudu, gunting, spatula dan pisau.

Perkakasan anda akan lebih tersusun dan selamat jika disimpan di dalam tempat yang sesuai seperti drawer dan tray sudu.

 

 

Rak Pinggan Atas

Fungsi rak pinggan atas adalah sebagai rak pengering pinggan setelah dibasuh. Ia diletak berdekatan dengan sinki serta boleh menjimatkan ruang dapur. Ia boleh didapati dalam saiz 600mm, 800mm dan 900mm.

 

 

 

 

 

 

 

Rak Pinggan Bawah

Rak pinggan bawah atau basket rack adalah aksesori dapur yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan perkakasan seperti pinggan mangkuk. Ia terletak dalam kabinet bawah.

Anda tidak perlu risau akan pinggan mangkuk yang banyak jika anda mempunyai aksesori ini. Segala pinggan dan mangkuk akan nampak tersusun rapi dan bersih pada rak pinggan bawah anda.

Ia diperbuat daripada keluli dan terdapat dalam saiz 600mm, 800mm dan 900mm.

Rak Botol

Rak Botol digunakan bagi penyimpanan sos, kicap, garam, dan bahan- bahan yang disimpan dalam bekas atau botol. Ia sesuai diletak berdekatan dengan dapur untuk memudahkan kerja memasak.

 

Tall Unit

Tall unit adalah pilihan terbaik untuk menyimpan perkakasan dapur kerana ia menyediakan ruang yang besar. Ia terdapat dalam tiga jenis iaitu tall unit peti, tall unit oven/ microwave dan tall larder. 

Tall unit peti adalah ruang untuk peti supaya dekorasi dapur nampak lebih sistematik.

Tall unit oven/ microwave pula adalah ruang khas untuk oven/ microwave.

Tall larder pula adalah ruangan serba guna. Ia boleh juga dilengkapi dengan aksesori keluli pada bahagian dalam.

Kesimpulannya, aksesori dapur memainkan peranan penting bagi membentuk dekorasi yang menarik, selesa dan mudah digunakan.

Hal ini kerana fungi utama aksesori ni memudahkan anda melakukan kerja-kerja penyimpanan, penyusunan dan seterusnya memudahkan pula kerja-kerja mencari dan mengeluarkannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *